Persediaan
guru
Sebelum mengajar Al-Quran, setiap orang guru
haruslah maklum bahawa mengajar Al-Quran mempunyai maksud yang luas,
bukan sekadar boleh membaca sahaja, malah banyak lagi perkara lain yang mesti
diberi perhatian dan pertimbangan supaya pengajaran dan pembelajaran benar-benar
bermakna bagi pelajar. Antaranya ialah:
1. Guru harus sedar bahawa
mengajar Al-Quran bukan sahaja bermaksud pelajar boleh menyebut huruf dan
membaca Al-
Quran,
tetapi memupuk perasaan cinta kepada Al-Quran serta menjadikan hati mereka jinak
dengan Al-Quran.
2. Guru harus mampu
memperdengarkan bacaan Al-Quran yang baik dan fasih sehingga boleh menimbulkan
perasaan
khusyuk, tenang dan lega bila mendengarnya. Dengan demikian menimbulkan
minat kepada pelajar untuk terus
mendengar bacaan Al-Quran. Memang naluri manusia suka mendengar suara atau
bunyi yang merdu, kerana bunyi yang
merdu itu boleh menambat hati dan memberi kesan kepada jiwa. Oleh kerana
guru tidak mampu memperdengarkan suatu
yang merdu dari Al-Quran, maka menjadikan pengajarannya hambar dan tidak menarik.
Ini menyebabkan pelajar tidak
berminat kepada Al-Quran, lantas mereka mencari bunyi-bunyian lain yang dianggap
lebih merdu, walau pun kita tidak
menganggapnya merdu serta tidak pula harmoni, malah dalam banyak hal, berdosa
pula.
3. Memastikan pelajar
mendapat suatu yang baru daripada maksud Al-Quran yang dibaca. Ini
menimbulkan minat untuk
selalu menghadiri kelas Al-Quran kerana ada sesuatu yang ia dapat.
4. Guru haruslah
mengulang-ulangkan tentang kelebihan belajar Al-Quran. Kelebihan-kelebihan
ini bukan sahaja untuk tujuan
kesejahteraan di akhirat, tetapi di dunia pun telah dapat dikecapi dan dinikmati.
5. Guru harus ingat bahawa Al-Quran
ialah kalam Allah yang Qadim. Bacaannya ibadat, dan mesti dibaca dengan
betul,
terang dan fasih mengikut bahasa Arab yang standard. Kesalahan
membacanya dikira salah dan haram. Jadi guru harus
mencuba sedaya belajar Al-Quran dan boleh membacanya dengan baik, kemudian cuba
sedaya yang mungkin untuk
mendidik pelajar supaya mereka dapat membacanya dengan baik dan tidak melakukan
kesalahan bacaan pada masa
akan datang. Kesalahan yang tidak dibetulkan itu menyebabkan pelajar melakukan
kesalahan yang serupa berpanjangan
hingga ke akhir hayatnya.
6. Guru mesti menunjukkan cara yang
betul dan jelas untuk menyebut huruf-huruf Al-Quran (makharijil huruf dan
sifatnya) dan
yang lain-lain yang berkaitan dengan hukum bacaan seperti dengung (ghunnah),
panjang (mad), pendek dan sebagainya.
7. Tegaskan dari semasa ke
semasa bahawa Al-Quran merupakan perlembagaan bagi orang Islam. Ia adalah
kitab
Petunjuk, pembimbing dan pembeda antara yang baik dan buruk. Oleh itu
pelajar harus diberi peringatan bila membaca
Al-Quran,
bahawa kita sedang membaca peraturan Allah s.w.t.. Kita akan amalkan
apa yang diperintahkan dalam ayat
berkenaan.
8. Al-Quran bukan sahaja
memberi panduan dan petunjuk kepada semua manusia, tetapi secara terus mendidik
akhlak orang
yang
beriman. Jadi apabila berjumpa ayat-ayat berkenaan tegaskan kepada pelajar
bahawa inilah ajaran Al-Quran.
9. Setiap peristiwa yang
disebutkan dalam Al-Quran ada hubungan dengan kehidupan harian, jadi, guru harus
mampu
menghubungkaitkan dengan kehidupan harian pelajar. Dengan demikian barulah
pelajar faham bahawa Al-Quran bukan
untuk
masa dahulu, tetapi ia sentiasa hidup dan menceritakan apa yang dilakukan oleh
manusia sekarang.
10. Guru mestilah berakhlak dengan akhlak Al-Quran.
Sekiranya akhlak guru bertentangan dengan Al-Quran, maka ini
menjadikan pendidikan Al-Quran tidak berkesan. Lebih malang lagi,
menjatuhkan maruah guru atau rendah nilai peribadi
guru pada
pandangan pelajar, dan ini menyebabkan pelajar tidak menghormati guru.
|