|
Model Pengajaran Tilawah Al-Quran
Pelajaran: Tilawah Al-Quran (Surah al-Baqarah ayat 1
– 5)
Tajuk:
Dengung Nun Sakinah dan Tanwin
Tingkatan: Satu
Bilangan Pelajar: 35 orang
Masa :
40 minit
Objektif Khas: 1. Pelajar dapat membunyikan dengung
Nun Sakinah dan Tanwin
dengan betul (pada huruf Fa,
Zai, Lam dan Qaf)
2. Dapat menyebut ciri-ciri
orang-orang Muttaqin.
Langkah 1. Induksi setBertanya khabar dan berdoa. Guru boleh melakukan apa saja untuk menarik perhatian pelajar kepada tajuk pelajaran hari ini, seperti gambar orang solat, gambar dunia dan lain-lain. Kalau gambar orang solat, tanyakan; gambar apa ini? kenapa dia/kita solat?. Juruskan kepada tajuk: Kita solat untuk mendapat pangkat Taqwa, orang yang bertaqwa disukai Allah. Jadi hari ini kita akan membaca ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan ciri-ciri orang bertakwa.
Kalau Gambar alam, tanyakan alam ini siapa yang jadikan?
Ada lagi tak alam selain daripada yang kita nampak ini? Jika ada alam apa
namanya?. (Alam ghaib). Kamu tahu apa yang ada dalam alam ghaib? Ya,
ada syurga, ada neraka, ada Arasy, Kursi dan macam-macam lagi. Kita
sebagai seorang Islam wajib percaya adanya alam ghaib ini. Orang yang
benar-benar percaya kepada adanya alam ini akan tergolong dalam golongan orang
yang bertaqwa, dan orang yang bertaqwa ini dikasihi Allah. Jadi, hari ini
kita akan membaca ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan ciri-ciri orang yang
bertaqwa.
Guru pamirkan ayat di
hadapan, sama ada tulisan di papan, carta, transparensi, slaid, LCD atau
sebagainya. Dalam masa yang sama, jika boleh, setiap murid mempunyai
Mushaf Al-Quran. Jika guru menulis ayat, pastikan ditulis dengan Rasm
Uthmani, betul, elok, dan dapat dibaca oleh murid yang di belang kelas.
Tujuan carta, ialah supaya guru
dapat tunjukkan tanda-tanda semasa membaca dan membetulkan bacaan murid.
Tujuan Mushaf Al-Quran ialah kerana membaca Al-Quran daripada Mushaf lebih baik
dan lebih tepat. Selain itu ialah untuk menerangkan adab dengan Al-Quran
dan juga untuk keberkatan dan mendapat pahala memandang mushaf.
Guru
membaca ayat dengan diperhatikan oleh pelajar sekurang-kurangnya dua kali.
Kali ketiga diikuti oleh semua murid. Kemudian minta murid membacanya
secara perseorangan (dalam keadaan tertentu boleh secara kumpulan).
Bilangan pelajar mengikut keadaan masa. Murid membaca di Mushaf lebih baik
daripada di papan tulis. Guru betulkan bacaan yang salah.
Guru mesti membacanya dengan betul (pada tempat
yang salah) dan minta murid ulangkan beberapa kali sehingga betul.
Langkah 3.
Perbincangan hukum bacaan
Guru minta murid
keluarkan kalimah (ayat) yang ada Nun Sakinah. Guru tuliskan (senaraikan)
di papan tulis. Kemudian guru tanyakan bagaimana membaca kalimah ini?
Dengung atau tidak dengung? Kalau dengung, guru minta murid bacakan.
Jika salah, tunjukan cara membacanya. Ambil perhatian semua murid supaya
mendengar dan membaca ayat berkenaan dengan dengung yang betul.
Demikinlah dengan kalimah lain satu
persatu.
Selepas itu guru minta pelajar keluarkan kalimah (ayat) yang ada Tanwin,
dan guru tuliskan di papan tulis. Guru soal pelajar bagaimana cara membaca
kalimah berkenaan (satu demi satu).
Dengung atau tidak
dengung?. Kalau dengung bagaimana cara mendengungkannya. Jika murid
bunyikan dengan cara yang salah atau tidak cukup harakat, maka guru tunjukkan
cara yang betul. Minta perhatian pelajar semua supaya mendengar dan
mengikut bacaan guru menyebut dengung bagi kalimat tersebut dengan betul.
Minta beberapa orang murid menyebutnya untuk pengukuhan. Guru buat
kesimpulan bahawa jika Nun Sakinah dan Tanwin bertemu dengan huruf
seperti yang dibincangkan bacaannya adalah dengung.
Guru bahagikan
pelajar dalam beberapa kumpulan dan tetapkan ayat-ayat yang hendak dibaca oleh
setiap kumpulan. Pelajar
membaca dalam kumpulan selama 7 –10 minit. Guru mengawasi semua kumpulan
di samping memberi perhatian lebih kepada kumpulan yang lemah. Dengan cara
ini pelajar dapat membina kemahiran membaca dan semua pelajar dapat membaca.
Setelah
cukup masa, guru panggil semua pelajar balik ke tempat masing-masing. Guru buat
kesimpulan bahawa dalam ayat yang kita baca tadi Allah menjelaskan ciri-ciri
orang yang bertaqwa, iaitu ; Orang yang percaya kepada perkara ghaib
mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menderma, percaya kepada kitab-kitab
Allah dan yakin adanya hari Akhirat. Guru tuliskan di papan dan pelajar
salin.
Guru tulis
atau siapkan beberapa ayat yang ada Nun Sakinah dan Tanwin dan
minta murid bacakan ayat-ayat berkenaan mengikut pengalaman yang dibincang
sebentar tadi. Contoh soalan:
Bagaimana membaca ayat ini?
Cuba baca ayat ini, Ahmad, dan
lain-lain. Solan tentang ciri-ciri orang yang bertaqwa.
Contoh: Sebutkan 3 ciri orang yang bertaqwa.
Minta beberpa orang murid menjawabnya.
Guru merumus isi
pelajaran dan menasihati pelajar supaya, selalu membaca Al-Quran, membaca dengan
cermat dan betul, melakukan solat, menolong kawan yang perlu pertolongan, kerana
ini mendidik kita menjadi orang yang bertaqwa.
|