|
Model Pengajaran Kefahaman Al-Quran
Pelajaran: Kefahaman
Al-Quran (Ayat 155-156 surah al-Baqarah)
Tajuk:
Ujian dan kesabaran
Tingkatan: Satu
Bilangan Pelajar: 35 orang
Masa :
40 minit
Objektif Khas: 1. Pelajar dapat
menerangkan jenis-jenis ujian Tuhan kepada
HambaNya
2. Dapat menerangkan tujuan Allah menguji manusia
3.
Dapat menyenaraikan kelebihan orang yang bersabar
Setelah bertanya khabar dan berdoa, guru menarik
perhatian pelajar dengan soalan-soalan yang ada kaitan dengan tajuk.
Misalnya. Gambar hujan lebat dan banjir, orang dalam keadaan cemas dan
sedang dipindahkah. Guru
bertanya: Gambar apa ini? Bagaimana perasaan orang yang ditimpa musibah
seperti ini? Dalam keadaan seperti ini apa kita mesti buat?
Ya, Islam ajar kita, apabila kita menghadapi
kesusahan kita mesti bersabar. Hari ini kita akan membaca ayat-ayat Al-Quran
yang mencerita tentang jenis-jenis musibah sebagai ujian Tuhan kepada kita dan
menggalakkan kita supaya bersabar.
Guru paparkan ayat di hadapan kelas, sama ada
dengan tulisan di papan tulis, carta, LCD, tranparensi dan sebagainya. Guru
ambil perhatian murid supaya mendengar bacaan guru. Guru membaca
ayat dengan cermat, baik, betul dan fasih. Selepas dua kali guru minta
pelajar membaca mengikut bacaan guru. Selepas itu guru minta murid membaca
secara perseorangan (bilangan murid bergantung kepada masa). Guru betulkan
bacaan yang salah jika ada.
Guru beri makna ayat atau guru minta murid membaca
makna yang ada dalam buku teks atau makna yang ditulis oleh guru dalam carta.
Berdasarkan kepada makna ayat itu guru beri soalan. Contohnya:
Apakah yang dijelaskan oleh ayat ini? Apakah jenis ujian Allah kepada
manusia seperti yang tersebut dalam ayat ini.
Ada tak ujian selain daripada ini?
Sebutkan. Guru ulaskan semua
jenis-jenis ujian itu. Kemudian guru bertanya: Kenapakah kita diuji
dengan musibah seperti itu.
Guru ulaskan jawapan murid. Guru
bertanya lagi. Apa kita harus buat
apabila kita diuji dengan musibah seperti yang tersebut itu? Ya, kita mesti
bersabar, kerana bersabar itu banyak faedahnya.
Guru terus berbincang dengan kelas tentang cara
bersabar sehingga pelajar faham apa maksud bersabar dan bagaimana tindakan orang
yang bersabar berbanding dengan orang yang tidak bersabar.
Murid dipencahkan dalam beberapa
kumpulan. Tajuk yang akan dibincangkan ialah; Apakah hikmah
bersabar?. Jika guru mempunyai tajuk lebih daripada satu boleh
dibincangkan tajuk yang berlainan bagi tiap-tiap kumpulan. Guru nasihatkan
supaya setiap kumpulan melantik seorang pengerusi untuk mengandalikan
perbincangan dan seorang jurutulis.
Pesankan bahawa di akhir pelajaran setiap kumpulan
akan membentangkan hasil perbincangannya.
Setelah cukup masa, guru minta setiap kumpulan menghantar wakil ke depan kelas
untuk membentangkan hasilnya. Kalau boleh dilekatkan di papan tulis.
Setelah semua kumpulan selesai membentangkan hasil, guru ajak pelajar melihat
jika ada yang sama. Kemudian guru buat rumusan bahawa hikmat bersabar itu
ialah………
Lebih baik guru tulis dengan ringkas di papan
tulis dan minta pelajar menyalinnya sebagai nota. Nota inilah yang akan
dijawab dalam peperiksaan nanti.
Guru padam semua catatan yang ada di
papan tulis dan guru memberi soalan kepada kelas.
Contohnya:
-
Sebutkan jenis-jenis ujian yang
diberikan Tuhan kepada manusia ?
-
Kenapakah Allah ujikan manusia
dengan berbagai macam musibah?
-
Berikan tiga hikmah bersabar?
-
Apa tandanya orang tidak sabar?
-
Apa hukumnya orang yang tidak
bersabar?
Langkah 6. Penutup
Guru merumuskan isi pelajaran hari ini dan
menasihati pelajar supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kebahagiaan
di dunia dan di akhirat. Nasihatkan pelajar supaya bersabar apabila
ditimpa sesuatu musibah, kerana bersabar itu banyak kelebihannya. Setiap
orang akan diuji oleh Allah dan ujian ini tidak sama antara seorang dengan
seorang, dan orang yang bersabar itu mendapat pahala dan dikasihi Allah.
|