|
Kaedah Pengajaran Tilawah Al-Quran
Tilawah al-Quran ialah sutu komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Dalam pelajaran ini dipecahkan kepada tiga, iaitu:
Pengajaran Tilawah Al-Quran
Dalam Tilawah penekanan diberikan kepada bacaan
Al-Quran secara bertajwid. Maksudnya memperbaiki bacaan Al-Quran pelajar.
Dengan demikian, haruslah banyak membincangkan mengenai cara bacaan yang betul.
Ini termasuklah sebutan makhraj huruf, sifat huruf, dengung,
mad, dan sebagainya. Untuk ini guru mestilah membaca dahulu ayat-ayat
yang hendak dipelajari dengan baik, betul, dan fasih. Kemudian diikuti
dengan bacaan pelajar beramai-ramai, seterusnya bacaan pelajar secara kumpulan
dan perseorangan.
Selepas itu baru bincangkan hukum bacaan. Guru keluarkan hukum-hukum
tertentu, misalnya Nun Sakunah bertemu dengan Sin, Nun dan
To, bagaimana cara membacanya. Jawapannya; dengung. Maka guru
tunjukan bagaimana cara mendengungkan kalimah itu. Kemudian minta pelajar
membacanya dan perhatikan dengungnya betul atau tidak, dan harakat dengung cukup
atau tidak. Jika tak betul, guru tunjukkan cara yang betul.
Begitulah seterusnaya dengan hukum-hukum lain.
Selepas itu bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan
membaca ayat-ayat yang telah ditetapkan. Seorang Naqib dilantik untuk
membimbing bacaan kawan-kawan. Guru beri tumpuan kepada kumpulan yang
lemah, di samping itu guru mengawasi kumpulan-kumpulan lain. Lebih kurang
7 atau 10 minit guru panggil kelas dan beri maksud ayat yang baca dan buat
kesimpulan pengajaran ayat.
Pengajaran Kefahaman Al-Quran
Dalam pelajaran Kefahaman Al-Quran penekanan
diberikan kepada perbincangan maksud ayat. Guru tidak membincangkan aspek
bacaan dan tajwid. Walau
pun demikikan guru mesti juga membaca Al-Quran dan diikuti oleh bacaan pelajar
secara ramai, kumpulan dan perseorangan.
Guru hanyak membetulkan bacaan yang salah tetapi
tidak bincangkan. Selepas beberapa orang pelajar membacanya, maka guru beri
makna ayat. Selepas itu, guru berbincang besrsama pelajar tentang maksud
daripada makna ayat itu. Guru minta pelajar keluarkan isi penting daripada
makna ayat. Setiap yang diberi oleh pelajar ditulis di papan tulis
sebagai nota. Guru merumuskan pengajaran ayat dan buat penilaian
kemahiran berfikir (KBKK), kemudian nasihatkan pelajar supaya mengamalkan apa
yang disarankan oleh ayat yang dibaca.
Mungkin ada tajuk-tajuk tertentu boleh
dibincangkan dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk pengayaan, maka guru buatkan
kumpulan dan beri tajuk untuk dibincangkan. Sama ada tajuk yang sama untuk semua
kumpulan atau pun tajuk yang berlainan, yang kedua ini lebih diutamakan.
Setiap kumpula mesti ada seorang pengerusi dan seorang juru tulis. Selesai
masa yang ditetapkan, setiap kumpulan akan menghantar wakil untuk menerang
dapatan perbincangannya. Akhirnya guru buat rumusan dan kesimpulan pengajaran
yang dapat dipetik daripada ayat. Beri penilaian (KBKK), kemudian
menasihatkan pelajar supaya mengikut apa yang disarankan oleh ayat yang dibaca
dan dibincangkan.
Perhatian:
Setiap kali mengajar Al-Quran pastikan ada suatu
yang baru kepada pelajar. Hubungkaitkan maksud ayat Al-Quran yang
dibincang dengan isu semasa, khasnya yang berkaitan dengan pelajar sendiri,
seperti akhlak, amalan nilai Islam, menutup aurat dan lain-lain. Walaupun
Al-Quran menceritakan kisah Bani Israil, tetapi perangai buruk orang-orang Bani
Israil itu tetap ada pada manusia hari ini, termasuklah orang Islam.
Dengan ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua, di samping itu pelajar
tidak merasa jemu, sesbaliknya berminat untuk belajar Al-Quran, dan dalam masa
yang sama pelajar faham bahawa Al-Quran bukan out of date, tetapi ia
sentiasa up to date. Seperti kata Syed Naquib al-Attas “Islam is
forever modern”
Pengajaran Tahfiz Al-Quran
Tidak banyak bezanya pengajaran Tahfiz dengan
Tilawah dan kefahaman. Semuanya harus bermula dengan bacaan guru,
kerana bacaan guru merupakan bacaan contoh. Dengan demikian guru mesti
membaca dengan baik, betul dan fasih sebutan huruf dan kalimahnya, kerana ia
akan diikut dan ditiru oleh pelajar. Jika baik dan betul bacaan guru, maka
akan baiklah bacaan pelajar. Demikianlah sebaliknya. Selepas bacaan, guru dan bacaan murid secara berseorangan, dan pembetulan jika ada, maka guru beri makna ayat dan buat kesimpulan pegajaran ayat. Selepas itu guru ceritakan kelebihan ayat berkenaan dan minta pelajar menghafaznya. Sehubungan dengan ini guru haruslah menerangkan cara menghafaz Al-Quran setiap kali bertembung dengan ayat hafazan. (Lihat Panduan Menghafaz Al-Quran dalam tajuk web Hafaz Al-Quran).
|