|
Tujuan dan Matlamat Pendidikan Islam
Maksud Pendidikan Islam
Pendidikan Islam boleh difahami dengan tiga
maksud, iaitu:
1. Pendidikan Islam khas.
Hasan langgulung (1995) mengistilahkan dengan Pendidikan Islam Terhad.
Ini merangkumi segala ilmu Islam yang terdiri daripada berbagai bidang, seperti
Aqidah atau Tauhid, Ibadah atau Fiqah, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sejarah atau Sirah,
Falak dan lain-lain. Dalam negara Malaysia inilah yang dikenali ramai
dengan nama Pendidikan Islam, iaitu satu mata pelajaran dalam sekolah.
2. Pendidikan Islam Umum. Ia
melipuli segala bidang hidup manusia, seperti rohani, jasmani, emosi, sosial,
politik, budaya, ekonomi, sains, multi media, mass media, teknikal, vokasional,
pendidikan, perundangan dan lain-lain. Maknanya, dalam setiap bidang itu
ada pendidikan Islamnya. Contohnya dalam ekonomi; kita boleh berinteraksi
antara sesama manusia untuk pembangunan ekonomi, tetapi dalam Islam ada beberapa
larangan semasa berinteraksi, seperti, tidak boleh tipu, mungkir janji dan
sebagainya. Di samping itu ada pula suruhan dan anjuran, seperti mudahkan
kira bicara, bertolak ansur, banyak menolong dan memudahkan orang lain dan
sebagainya. Demikianlah juga dengan bidang-bidang lain. Secara
rengkasnya Islam mendidik supaya kita berinteraksi dengan orang lain mengikut
kaedah Islam dan tidak melanggar perintah Islam. Untuk mengetahui apa yang
disuruh dan apa yang dilarang memerlukan ilmu. Dan ilmu tidak dapat dengan
begitu sahaja, sebaliknya mesti berusaha mencarinya, atau berlajar pada orang
yang mengerti.
Pendidikan Islam juga bermaksud Sistem Pendidikan.
Ia merangkkumi segala aspek yang berkaitan dengan pendidikan, dan semuanya mesti
dilihat dan dilaksanakan mengikut prinsip Islam. Ini termasuklah gurunya,
pengurusnya sama ada di sekolah atau di pejabat (Jabatan dan Kementerian),
kriteria pemilihan guru, pemilihan kakitangan sekolah dan pejabat, kurikulum,
sukatan pelajaran, buku teks, falsafah, matlamat dan segala-galanya mesti
berdasarkan kepada prinsip Islam. Kalau tidak berdasarkan kepada prinsip
Islam maka ia tidak dinamakan sistem pendidikan Islam, walau pun di dalamnya
terdapat pengetahuan agama Islam, seperti pengetahuan Agama Islam yang diajar di
sekolah, di maktab, di politeknik, universiti dan lain-lain institusi pendidikan.
Kerana pengetahuan Agama Islam itu, atau Tamadun Islam yang diajar itu,
merupakan sebagai tempelan atau sulaman sahaja. Akibatnya kita tidak dapat
melahirkan orang Islam yang mengamalkan Islam secara total, kerana ia bukan
lahir daripada sistem, sebaliknya lahir daripada tempelan. Kalau
Pendidikan guru, misalnya, maktab perguruan atau universiti yang bukan mengikut
sistem pendidikan Islam, maka kita tidak dapat melahirkan guru Islam yang
sebenarnya, yang lahir ialah guru Tampal Sulam (Hasan langgulung 1991).
Jadi, sistem yang tampal sulam itu mengeluarkan guru yang tidak lebih daripada
Guru Tampal Sulam. Jadi pendidikan Islam itu ialah suatu yang luas dan
bersifat holistik, bukan sempit seperti yang difahami oleh kebanyakan orang.
Tujuan Umum Pendidikan Islam
Pendidikan Islam yang dimaksudkan dalam
perbincangan ini ialah Pendidikan Islam
Terhad, iaitu berdasarkan kepada sub subjek yang
ada dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah terdapat sub subjek seperti
berikut:
Sekolah Rendah:
1.0.
Asuhan Tilawah Al-Quran.
Ia mengandungi perkara-perkaran yang berkaitan
dengan mengenal dan menyebut huruf hijaiyah,
membaca, menghafaz dan memahami maksud atau tema ayat yang dibaca dan dihafaz.
2.0.
Asas Ulum Syari`yah
Ia mengandungi: 3. Asas Akhlak Islamiyah Sekolah Menengah
1.0.
Tilawah Al-Quran
Ia merangkumi bacaan, hafazan dan kefahaman
Ia mengandungi:
Mata pelajaran (Elektif) mengandungi
Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
Semua pelajaran ini diajar menuju ke
satu matlamat sahaja, iaitu
melahirkan insan yang soleh dan bertamadun, yang beriman serta beramal dengan
ilmunya, yang mampu memikul tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah Allah,
bagi membangun diri, keluarga, masyarakat dan negaranya, merangkumi aspek
jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam yang dipetik
daripada Al-Quran dan As-Sunnah.
Untuk itu, guru seharusnya faham dan jelas tujuan
mengajar dan belajar dan segala aktiviti dalam dan di luar bilik darjah.
Antara tujuannya berdasarkan sub mata pelajaran ialah seperti berikut:
-
Dapat mengenal dan menyebut
huruf-huruf Al-Quran dengan betul dan fasih
-
Dapat membaca Al-Quran dengan baik,
betul dan fasih
-
Mengetahui makna ayat-ayat yang
dibaca
-
Menghayati ajaran ayat yang telah
dipelajari
-
Menghafaz ayat-ayat tertentu dengan
memahami maksud ayat tersebut
Dengan demikian, guru mesti berusaha memperbaiki
mutu bacaan Al-Quran, termasuk cara sebutan makhraj dan sifatnya
serta lagunya, kerana pelajar akan meniru cara guru membaca Al-Quran. Guru
mesti cuba pastikan bahawa setiap kali pelajaran Al-Quran, pelajar mendapat
sesuatu yang baru daripada Al-Quran. Dengan cara ini pelajar tidak jemu
belajar Al-Quran, malah terasa rugi kalau ia tertinggal, serta ia merasa Al-Quran
itu sentiasa baru, bukanya suatu yang ketinggalan zaman. Pelajar
mengetahui bahawa Al-Quran sentiasa menyentuh tentang dirinya.
-
Supaya pelajar dapat mengetahui apa dia ibadah dan apa jenis-jenis ibadah
-
Dapat melakukan ibadat dengan betul,
sah dan diterima oleh Allah, seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya
-
Dapat pahala ibadat bagi urusan lain
dalam hidup. Seperti bekerja, menolong orang, menjaga kebersihan, kesihatan,
mengasihi binatang, taat ibu bapa, horamat guru, berkahwin dan lain-lain
-
Supaya pelajar tahu apa-apa jenis pekerjaan
yang haram bekerja, juga tempat-tempat yang tidak diharuskan bekerja dan yang
mana pula yang hurus.
-
Pelajar mengetahui jenis-jenis
makanan dan minuman yang diharuskan dan yang diharamkan, di samping itu menanam
rasa tanggungjawab supaya melakukan yang harus dan menjauhi yang haram
-
Mengetahui jenis-jenis tindakan,
pekerjaan, pengurusan, serta pentadbiran yang baik yang dianjurkan oleh Islam
serta jenis-jenis pengurusan yang salah dari perspektif Islam
-
Supaya tingkah laku dan tidndakan
pelajar hingga mereka dewasa tidak bertentangaan dengan ajaran Islam.
-
Menerapkan `aqidah yang benar kepada
pelajar
-
Mengukuhkan kepercayaan kepada Allah
yang Esa
-
Menanamkan keyakinan terhadap
rukun-rukun Iman yang enam
-
Percaya kepada perkara ghaib seperti
yang khabarkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah
-
Mengelakkan daripada kepercayaan
sesat
-
Menjauhkan daripada amalan syirik
dan khurafat
-
Menanamkan roh cintakan agama
-
Mencintai Rasulullah dengan bersedia
mengikuti sunnahnya dan meninggalkan larangannya
-
Mengetahi sifat-sifat Allah dan
rasul
-
Memahami Islam secara syumul
-
Memahami konsep akhlak dalam Islam
dan mengamalkannya
-
Menghayati cara hidup Islam dengan
sempurna dan menyeluruh
-
Menjauhi cara hidup liar, sesat dan
merosakkan
-
Melatih tata cara bergaul yang sempurna dan harmoni
-
Beradap dengan orang, terutamanya
yang lebih tua dan berpangkat
-
Bertamadun, iaitu dapat bergaul dengan orang Islam dan bukan Islam, serta
mengasihi binatang
-
Menjaga alam sekitar
-
Rela berjuang untuk menegakkan yang
benar
-
Mengenali Nabi s.a.w. dan sahabat
dengan lebih dekat
-
Mencintai Nabi s.a.w. dan keluarganya
-
Menginsafi terhadap perjuangan Nabi s.a.w. dan para sahabat dalam
menegakkan agama Islam
-
Merasai betapa susahnya hendak menegakkan agama Islam – Untuk masa
sekarang – ialah untuk mengamalkan ajaran Islam
-
Mengenali ulama dan pejuang-pejuang Islam
-
Meniru dan mengambil pengajaran daripada perjuangan orang yang terkemuka
-
Menyelidik hasil karia orang
terkemuka dan mengambil faedah daripadanya
-
Mengenal Islam sebagai agama yang
mempunyai organisasi yang cukup lengkap
-
Mengetahui jenis institusi Islam dan
peranannya; seperti institusi keluarga, masyarakat, kehakiman, perundangan,
pendidikan, kewangan, pemerintahan, syura, ketenteraan, keselamatan, sosial dan
sebagainya
-
Mengetahui dengan lebih dekat
peranan setiap institusi dan kepentingannya terhadapat pembangunan masyarakat
Islam setempat dan masyarakat sesebuah negara Kesimpulan
|