Ke Laman Pendidikan Islam

Contoh Pelaksanaan Beberapa


Kaedah Pengajaran

 Home Up

Kaedah Perbincangan

 Tujuan: 

-        Menggalakkan pertukaran idea secara bebas tentang sesuatu topik.

-        Merangsang minat dan membimbing pelajar mendapat pengetahuan baru.

 

Persediaan

-        Guru merancang atau menentukan isu utama yang akan dibincangkan

-        Mengemukakan tajuk

-        Mulakan perbincangan dengan mengemukan soalan

-        Memastikan setiap pelajar berpeluang memberi pendapat, mengemukakan soalan atau bertindak balas terhadap idea yang dikemukakan

-        Menggalakkan penilaian secara objektif semasa idea dikemukakan

-        Meringkaskan atau merumuskan idea-idea dan buat kesimpulan

(Kesimpulan boleh juga dilakukan oleh pelajar)

 

Kaedah  Sumbang Saran

 Tujuan:

-        Menggalakkan pelajar menggunakan pemikiran imaginatif  secara kreatif

-        Untuk mendapat idea baru sebanyak mungkin dalam sesuatu isu

 

Pelaksanaan

-        Guru menerangkan tujuan, dan mengemukkan persoalan yang  menjadi fokus sesi berkenaan

-        Tidak mengkritik idea orang lain

-        Mengumpul sebanyak idea yang mungkin

-        Idea dinyatakan secara spontan

-        Idea yang dikemukan oleh rakan boleh dikembangkan oleh pelajar lain

-        Guru hendaklah bersikap positif terhadap idea pelajar

-        Guru berperanan sebagai pengadil dan menguatkuasa peraturan

-        Menggesa supaya setiap pelajar mengemukakan idea walaupun tidak penting

 

Kaedah Perbahasan

 Tujuan: 

-        Membolehkan pelajar berbincang tentang isu atau persoalan yang dibentangkan

-        Mengasah kebolehan pelajar dalam percakapan & menganalisis maklumat

 

Pelaksanaan

-        Guru menentukan tajuk perbincangan

-        Menentukan pelajar yang mengambil bahagian

-        Menentukan bilangan ahli bagi setiap kumpulan (3 atau 4 orang)

-        Melantik pengadil dan pengerusi majlis

-        Menentukan masa setiap ahli bercakap

-        Menentukan masa bagi setiap kumpulan membuat persediaan dan menggulung perbahasan

-        Menentukan tidak ada gangguan semasa perbahasan dijalankan

-      Pelajar lain boleh boleh ambil bahagian jika ada masa

 

 

Kaedah Bercerita

Tujuan

-        Melatih kemahiran mendengar di kalangan murid

-        Mengulang sebut fakta daripada cerita

 

Pelaksanaan

-        Guru menyediakan ringkasan dan fakta cerita

-        Menyediakan alat-alat yang perlu untuk menerangkan fakta.  Contoh, peta kedudukan tempat, benda-benda maujud seperti pedang dan sebagainya untuk menggayakan cerita dengan lebih menarik dan berkesan.

-        Menarik perhatian pelajar kepada cerita dan pesankan supaya mencatat fakta penting

-        Guru bercerita dengan suara yang kuat yang boleh didengan oleh seluruh kelas

-        Bercerita dengan nada dan intonasi suara yang betul, gaya atau gerak-geri serta memek muka yang sesuai mengikut situasi

-        Memberi soalan setiap langkah, seperti “Kamu tahu, lepas itu apa yang terjadi kepada Rasulullah s.a.w.?”  dsb.

-        Memberi soalan kefahaman di akhir pelajaran.

 

 

Kaedah Tunjuk Cara (Demonstrasi)

 Tujuan

-        Pelajar dapat melihat dengan jelas perkara yang belaku

-        Pelajar dapat melakunkan semula dengan cara yang betul

 

Pelaksanaan

-        Guru merancang bagaimana dan di mana hendak mengadakan tunjuk cara ini

-        Pastikan semua pelajar dapat melihat pertunjukkan itu dengan jelas.  Jika pelajar ramai, pecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil  seupaya semuanya dapat melihat dengan jelas

-        Guru tunjuk atau lakunkan dengan betul supaya dapat dilihat dan difahami oleh pelajar  

-        Bertanya jika ada yang kurang jelas atau tidak faham, jika perlu tunjuk semula

-        Minta beberapa orang pelajar melakunkan semula untuk menguji kefahaman mereka

 

 

Kaedah Rehlah atau Lawatan

Tujuan

-        Menambah pengalaman murid

-        Melatih kepimpinan dan tanggungjawab bagi setiap murid


 

Pelaksanaan

-        Guru kenalpasti tempat yang akan dilawati

-        Seelok-eloknya guru pernah melawat tempat itu

-        Membuat persediaan awal:

      +  Memberitahu guru besar/pengetua

      +  Memaklumkan PPD/Jabatan Pendidikan Negeri

      +  Hubungi tempat menginap dan buat tempatah jika perlu bermalam.. 

      +  Memaklumkan ibu bapa/penjaga.  Dapatkan surat kebenaran bertulis dan
          bertandatang daripada ibubapa membenarkan anaknya mengikuti program

      +  Memaklumkan tempat yang hendak dilawati, dan minta kerjasama jika  

     perlukan pemandu (guide)

 +  Membuat aturcara tempat-tempat lawatan dan masa

-        Berpesan kepada pelajar supaya membawa buku nota dan pen

-        Berpesan supaya pelajar mencatat apa yang mereka lihat, tujuannya untuk perbincangan dalam kelas selepas balik nanti

 

 

Perkhemahan dan Perkelahan

      -    Kenalpasti tempat perkhemahan, jika perlu buat tempahan terlebih dahulu

-        Sediakan program di tempat perkhemahan

-        Sediakan senarai tugas yang akan dilakukan oleh murid secara kumpulan

-        Bahagikan pelajar mengikut kumpulan dan beri tanggungjawab, seperti memasak, menyediakan makanan, tempat permainan, tempat solat dll.

-        Hidupkan solat secara berjamaah

-        Adakan tazkirah ringkas selepas setiap solat Jamaah

-    Guru merumuskan hasil perkhemahan/perkelehan.

  

Home Up