| 
    | 
| 
 
 
Kaedah Pengajaran 
  
            Sharifah Alwiah 
Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu 
tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.  Hasan Langgulung 
(1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk 
mencapai tujuan.  Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham 
kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.  
Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), 
Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long 
(1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987),  nampaknya yang dikatakan kaedah itu 
ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, 
inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya. 
            Abu Saleh (1988) 
mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi 
langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai 
kemahiran dan latihan yang terancang.  Padanya, kaedah mengajar bukanlah 
tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan 
untuk mencapai obektif pengajaran. 
            Demikian juga 
dengan Hasan Langgulung  (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya 
bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi apa sahaja cara tiandakan dan 
aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi 
mencapai objektif pengajaran maka itu   adalah kaedah, walau pun ia 
tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan 
Long (1981) dan lain-lain. 
 
            Berdasarkan kepada 
ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi 
semua   pelajar  dalam semua keadaan.  Kaedah harus berubah  
mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar.  Dengan demikian, guru harus 
pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan 
pelajar.  
 
            Al-Kailany (1986) 
menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah 
pengajaran, antaranya ialah: 
          1.  kaedah mestilah 
secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran 
2.  kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang 
3.  kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran  
4.  kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar 
5.  kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru 
6.  mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah 
7.  kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang 
         An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya 
guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada 
kefahaman pelajar  yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan 
menyentuh perasaan pelajar.  Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan 
yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih 
lama.  Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan 
yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu 
Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik. 
            Kaedah pengajaran 
yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta 
objektif yang tepat dan boleh dicapai.  Di samping itu, matlamat yang 
hendak dituju juga mestilah terang dan jelas.  Strategi pengajaran ialah 
satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  
Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu 
disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai 
perkara-perkara berikut, iaitu: 
          1.  Tujuan am (learning 
goal) 
2.  Objektif pelajar (specific objective) 
3.  Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktivit 
          4.  
Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar 
            
5.  Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur 
  
Kata Cangelosi (1992): 
Learning goal is the overall purpose of the teaching unit.  It indicates 
what students are expected to learn. 
Specific objective, define the learning goal.  That is a number of 
specific skills, abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire. 
(ms. 24) 
            Perrott (1986) 
menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar, iaitu:            
Planning            
Implementation            
Evaluation 
             
Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan 
asas pengajaran yang berkesan, di sampiang pengetahuan yang patut ada pada guru.  
Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan 
pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan.  Ini yang dikatakan 
pengajaran yang berkesan (effective teaching).  Pengajaran dan 
pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak 
memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas.  Guru yang 
mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang 
didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk 
mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan 
menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah.  
Inilah dia guru yang efektif (effective teacher).              
“…effective teacher is one who is able to demonstrate the  
  
             
Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas.  
Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang 
hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan 
penilaian yang akan dijalankan. 
Satu yang perlu diingatkan ialah tentang  pendidikan Islam atau penerapan 
nilai Islam.  Ini juga harus dirancang dengan saksama.  Iaitu  
apa yang hendak dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai 
yang hendak ditonjokan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya.  
Guru harus sedar bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja untuk lulus 
peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang Islam yang beramal dengan ajaran Islam 
dengan cara yang betul. 
 
Jadi, penekanannnya ialah penghayatan 
Islam, bukannya peperiksaan.  Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan 
orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya menyampaikan ilmu Islam, tetapi gagal 
memberi pendidikan Islam, iaitu gagal mendidik anak-anak untuk menjadi orang 
Islam bagi memikul tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah. 
Demikian juga dengan istilah guru berkesan 
(effective teacher).  Ia bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran 
yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi 
contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru 
mempengaruhi sikap pelajar (Huitt, 1994).  Ini termasuklah gaya bercakap, 
kekemasan berpakaian, penghayatan nilai Islam, penjagaan masa pengajaran 
(engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam 
layanan dan sebagainya.  Ini semua mencerminkan guru muslim (Al-Ghazali, 
1988; Al-Ibrashy, 1976). 
  
Rujukan 
 Abu Saleh, 
Muhibuddin Ahmad (1988).  Asasiyat fi turuq at-tadris  
 Al-Kailany, 
Taisir dan Iyad, Mulhim (1986). At-Taujih al-fanny fi  
 An-Nashmy, Ajil Jasim (1980). 
Ma`alim fit-tarbiyah.
Kuweit:  
 Atan Long 
(1981). Kaedah am mengajar. 
Kuala Lumpur: Fajar Bakti. 
 Azman Wan Chik (1987).  Kaedah 
hayati amali. Kuala Lumpur:
 
 Cangelosi, James S.(1992). 
Systematic teaching strategy. 
New York: 
 Hasan Langgulung (1981).  Beberapa 
tinjauan dalam pendidikan Islam. 
 Mahfuzdh Shalahuddin (1987). 
Metodologi Pendidikan Islam. 
Surabaya: 
Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi 
pengajaran pembelajaran 
 Parrot, Elizabeth (1986). Effective teaching. 
London & New York: 
 Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib 
(1995). Pengajaran dalam bilik 
 Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). 
Ilmu pendidikan: pedagogi. 
Kuala 
   |