Make your own free website on Tripod.com

 
   Ke Laman Pendidikan Islam

 

Kaedah Pengajaran Tilawah Al-Quran

 

Home Up

 Tilawah al-Quran ialah sutu komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.  Dalam pelajaran ini dipecahkan kepada tiga, iaitu:

  1. Tilawah
  2. Kefahaman
  3. Tahfiz.

 

Pengajaran Tilawah Al-Quran

Dalam Tilawah penekanan diberikan kepada bacaan Al-Quran secara bertajwid.  Maksudnya memperbaiki bacaan Al-Quran pelajar.  Dengan demikian, haruslah banyak membincangkan mengenai cara bacaan yang betul.  Ini termasuklah sebutan makhraj huruf, sifat huruf, dengung, mad, dan sebagainya.  Untuk ini guru mestilah membaca dahulu ayat-ayat yang hendak dipelajari dengan baik, betul, dan fasih.  Kemudian diikuti dengan bacaan pelajar beramai-ramai, seterusnya bacaan pelajar secara kumpulan dan perseorangan.

            Selepas itu baru bincangkan hukum bacaan.  Guru keluarkan hukum-hukum tertentu, misalnya Nun Sakunah bertemu dengan Sin, Nun dan To, bagaimana cara membacanya. Jawapannya; dengung.  Maka guru tunjukan bagaimana cara mendengungkan kalimah itu.  Kemudian minta pelajar membacanya dan perhatikan dengungnya betul atau tidak, dan harakat dengung cukup atau tidak.  Jika tak betul, guru tunjukkan cara yang betul.  Begitulah seterusnaya dengan hukum-hukum lain.

            Selepas itu bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan membaca ayat-ayat yang telah ditetapkan.  Seorang Naqib dilantik untuk membimbing bacaan kawan-kawan.  Guru beri tumpuan kepada kumpulan yang lemah, di samping itu guru mengawasi kumpulan-kumpulan lain.  Lebih kurang 7 atau 10 minit guru panggil kelas dan beri maksud ayat yang baca dan buat kesimpulan pengajaran ayat.

 

Pengajaran Kefahaman Al-Quran

Dalam pelajaran Kefahaman Al-Quran penekanan diberikan kepada perbincangan maksud ayat.  Guru tidak membincangkan aspek bacaan dan tajwid.  Walau pun demikikan guru mesti juga membaca Al-Quran dan diikuti oleh bacaan pelajar secara ramai, kumpulan dan perseorangan.  Guru hanyak membetulkan bacaan yang salah tetapi tidak bincangkan. Selepas beberapa orang pelajar membacanya, maka guru beri makna ayat.  Selepas itu, guru berbincang besrsama pelajar tentang maksud daripada makna ayat itu.  Guru minta pelajar keluarkan isi penting daripada makna ayat.  Setiap yang diberi oleh pelajar ditulis di papan  tulis sebagai nota.  Guru merumuskan pengajaran ayat dan buat penilaian  kemahiran berfikir (KBKK), kemudian nasihatkan pelajar supaya mengamalkan apa yang disarankan oleh ayat yang dibaca.

Mungkin ada tajuk-tajuk tertentu boleh dibincangkan dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk pengayaan, maka guru buatkan kumpulan dan beri tajuk untuk dibincangkan. Sama ada tajuk yang sama untuk semua kumpulan atau pun tajuk yang berlainan, yang kedua ini lebih diutamakan.  Setiap kumpula mesti ada seorang pengerusi dan seorang juru tulis.  Selesai masa yang ditetapkan, setiap kumpulan akan menghantar wakil untuk menerang dapatan perbincangannya. Akhirnya guru buat rumusan dan kesimpulan pengajaran yang dapat dipetik daripada ayat.  Beri penilaian  (KBKK), kemudian menasihatkan pelajar supaya mengikut apa yang disarankan oleh ayat yang dibaca dan dibincangkan.

 

Perhatian

Setiap kali mengajar Al-Quran pastikan ada suatu yang baru kepada pelajar.  Hubungkaitkan maksud ayat Al-Quran yang dibincang dengan isu semasa, khasnya yang berkaitan dengan pelajar sendiri, seperti akhlak, amalan nilai Islam, menutup aurat dan lain-lain.  Walaupun Al-Quran menceritakan kisah Bani Israil, tetapi perangai buruk orang-orang Bani Israil itu tetap ada pada manusia hari ini, termasuklah orang Islam.  Dengan ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua, di samping itu pelajar tidak merasa jemu, sesbaliknya berminat untuk belajar Al-Quran, dan dalam masa yang sama pelajar faham bahawa Al-Quran bukan out of date, tetapi ia sentiasa up to date.  Seperti kata Syed Naquib al-Attas Islam is forever modern

 

Pengajaran Tahfiz Al-Quran

Tidak banyak bezanya pengajaran Tahfiz dengan Tilawah dan kefahaman.  Semuanya harus bermula dengan bacaan guru,  kerana bacaan guru merupakan bacaan contoh.  Dengan demikian guru mesti membaca dengan baik, betul dan fasih sebutan huruf dan kalimahnya, kerana ia akan diikut dan ditiru oleh pelajar.  Jika baik dan betul bacaan guru, maka akan baiklah bacaan pelajar.  Demikianlah sebaliknya.

            Selepas bacaan, guru dan bacaan murid secara berseorangan, dan pembetulan jika ada, maka guru beri makna ayat dan buat kesimpulan pegajaran ayat.  Selepas itu guru ceritakan kelebihan ayat berkenaan dan minta pelajar menghafaznya.  Sehubungan dengan ini guru haruslah menerangkan cara menghafaz Al-Quran setiap kali bertembung dengan ayat hafazan. (Lihat Panduan Menghafaz Al-Quran dalam tajuk web Hafaz Al-Quran).

 

Home Up