Ke Laman Pendidikan Islam

Model “Transactional”

  Home ]

 

        Model ini diperkenalkan oleb Bill Huitt (1994).  Beliau ialah salah seorang pensyarah (Prof) di Valdosta State University, Georgia, USA.  Mengikut kaedah ini, setiap guru yang merancang pengajaran mesti terlebih dahulu kenal pasti apa yang hendak dicapai oleh pelajar di akhir pelajaran.  Ia menggunakan istilah output.  Padanya output inilah yang paling penting, kerana semua akativiti lain harus sesuai dengan  output.  Jadi, setiap guru harus lebih dahulu jelas dengn outputOutput ini samalah dengan objektif khas atau objektif pembelajaran seperti yang dibincangkan oleh Parrott (1996) dan Cangelosi (1992).

      Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam misalnya, guru hendakkan pelajar boleh menyebut rukun-rukun wudhuk,  dan ini menjadi objektifnya atau output. Dengan demikian, guru haruslah merancang penyampaiannya mengikut kaedah dan teknik yang sesuai.  Antaranya mengulang-ulangkan rukun tersebut sehingga pelajar dapat mengingati dan menyebutnya.  Sebaliknya, jika objektifnya ialah –pelajar boleh mengambil wudhuk dengan betul- maka tentulah kaedah pengajarannya berlainan, iaitu menggunakan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dan amali atau lakunan.  Dengan menggunakan kaedah ini pelajar lebih faham dan ingat kerena mereka melakunkan atau melakukannya sendiri secara praktikal.  Pelajar boleh mengambil wudhuk dengan cara yang betul itulah yang dikatakan out put atau objektif khas.

 

         
 

      Input

Karakteristik guru

Karakteristik murid

 

 

    Classroom  
     process

pelakuan guru

Pelakuan murid
 

Keadaan kelas

 

 

 

  Output

Pencapaian

Murid

Dan lain-lain

 

 

 

 

 

 

 

          Penyamapaian pelajaran yang menggunakan berbagai kaedah itu dipanggil classroom process.   Pada Bill Huitt (1994), peringkat ini mengandungi tiga sub- kategori, iaitu pelakuan guru, pelakuan murid dan keadaan kelas yang mana ketiga-tiganya saling  bertindak. 

        Pelakuan guru mengandungi tiga perkara pokok iaitu, perancangan (planning), pengurusan (management) dan pengajaran (instruction).  Perancangan ialah segala aktiviti yang dirancangkan oleh guru untuk berinteraksi dengan murid.  Pengurusan   bermaksud kawalan kelas, iaitu bagaimana guru mengawal pelajarnya supaya semua terlibat dengan aktiviti pembelajaran.  Pengajaran pula bermaksud panduan sebenar yang diberi oleh guru semasa menyampaikan isi pelajaran.

        Kategori kedua, iaitu pelakuan murid/pelajar ialah apa sahaja yang pelajar akan lakukan dalam bilik darjah, seperti menulis, mendengar, menyoal, bekerja dan sebagainya.  Dan yang dimaksudkan dengan keadaan kelas ialah sama ada kelas itu sesuai atau tidak; seperti gelap, terlalu panas, terlalu sejuk, terlalu bising atau sebaliknya selesa dan kondusif.

        Semua ini, - guru, murid dan kelas – sama-sama memainkan peranan untuk melahirkan out put yang diharapkan.  Jika ada kekurangan di mana-mana satu daripada 3 komponen ini, maka akan menjejaskan output, atau dalam kata lain, objektif tidak tercapai sepenuhnya.

        Perkara ketiga dalam modul ini ialah input.  Ia merujuk kepada keadaan guru dan pelajar sebelum memasuki kelas.  Ini termasuklah perkara-perkara seperti sikap guru, pengetahuan, kepercayaan, pemikiran, kemahiran interaksi, pengalaman, kemahiran manipulatif dan juga personaliti.  Demikian juga dengan pelajar.  Banyak perkara yang ada pada pelajar yang memberi implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran, seperti kebolehan, kemahiran dalam bidang-bidang tertentu, latar belakang keluarga, personaliti dan lain-lain. 

        Yang paling penting dalam semua perkara ini ialah guru.  Sejauh mana guru dapat mempersembahkan pengajarannya bergantung kepada kefahaman, kebolehan, kemahiran, kesungguhan, kemahuan, keprcayaan serta nilai yang dipegang.

        Dalam membicarakan konsep pengajaran dan pembelajaran ini terdapat satu perkara lagi yang mesti diambil kira, iaitu Context.  Ia menyebabkan banyak variabel yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran .  Antaranya ialah suasana di sekolah, rakan sebaya,  rumah tangga, masyarakat, agama, politik, ekonomi, media dan banyak lagi.  Semua ini akan mempengaruhi pembelajaran murid dan pada kebiasaanya menjurus kepada pelakuan yang berunsur negatif.  Dalam pendidikan Islam, semua ahli masyarakat, sama ada dalam sekolah atau di luarnya, sama-sama bertanggungjawab menjaga supaya tidak ada perkara yang mempengaruh pembelajaran pelajar, seperti video game, gambar lucah, dadah dan sebagainya.  Kerana semua ini menyebab pelajar terjurus kepada pelakuan negatif yang merugikan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

                  

                                                                 
                                    
                                                                                                                

                                                Transactional Model oleh Huitt (1994)                                     

                                       

          Berdasarkan kepada rajah yang dibentangkan ini, jelas menunjukan bahawa pembelajaran berlaku di mana-mana.  Ada unsur yang tidak Islamik di rumah, sekolah, masyarakat, rakan sebaya, dalam politik, ekonomi, sosial dan sebagainya boleh menyebabkan pendidikan Islam tidak berkesan, kerana segala unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam itu mempengruhi pelajar dan sekali gus mengheretnya kepada pelakuan negatif.  

       Berbalik kepada pengajaran pendidikan Islam, guru merupakan unsur terpenting dalam membina sahsiah dan juga kemahiran pelajar.  Contohnya, dalam kemahiran bacaan Al-Quran, kebolehan dan keelokan bacaan pelajar ialah bergantung kepada bagaimana guru membaca sebagai bacaan contoh kepada pelajar.  Jika bacaan guru baik dari segi makhraj dan sifat huruf, panjang pendek, dengung dan lagunya, maka bacaan pelajar juga akan baik.  Demikian juga sebaliknya.  Pelajar tidak akan dapat membaca dengan baik jika tidak ada contoh bacaan yang baik daripada guru.

        Jika guru mengajar cara melakukan Tayammum di dalam kelas, dan guru tidak begitu jelas dan tidak mahir, maka pengajarannya menjadi tidak jelas, tujuk-cara yang dilakukan tidak tepat, dan dengan ini menyebabkan pelajar tidak dapat melakukan atau melakunkan Tayammum dengan cara yang tepat.  Dengan ini sampai ke tua amalan pelajar itu tidak kena.  Kenapakah amalan pelajar tidak kena?  Kerana tunjuk ajar gurunya tidak kena.  Inilah pengajaran dan pembelajaran.

        Demikian juga dalam hal-hal lain.  Dalam kekemasan pakaian misalnya, ketepatan masa, keelokan bahasa percakapan dan lain-lain, semuanya memberi kesan kepada pelajar.  Inilah yang dikatakan belajar melalui konteks.  Dengan demikan, guru haruslah memelihara perkara- perkara ini dan memperbaiki di mana-mana yang ada kelemahan.  Tujuannya ialah supaya murid belajar sesuatu yang baik daripada guru (selain daripada konten sukatan pelajaran). Yang baik itulah Islam dan yang dipelajari itulah pendidikan Islam.

 

 

  Home ]